Lessa Formula SiNose (Resedung)

Set Rawatan Kesihatan SiNose -
RM 170.00




APA ITU RESDUNG?

Resdung atau sinusitis adlah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut:

  • HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selesema berpanjangan.
  • MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
  • MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
  • BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
  • KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
  • MULUT nafas berbau, sakit gigi.

Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.

Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.

Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracnial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.

MENGAPA RESDUNG TERJADI?

Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana:

  • Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
  • Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
  • Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
  • Jangktan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum").
  • Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
  • Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.
BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG?

Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti:

  • Jaga Pemakanan

    Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.

    Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu.

  • Jaga Kebersihan Sekeliling

    Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.

    Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk.

  • Rawatan Moden

    Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung.

  • Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional

    Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.

    Ambil produk yang terjamin selamat dan telah didaftarkan dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

LEESA FORMULA memperkenalkan Set Perawatan Resdung Sinose dengan 5 produk khusus untuk membantu melegakan masalah resdung dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Tablet Resdung, Kapsul NoseClear, Corong Bekam Asap SiNose, SiNose Herbal Face Soap dan SiNose Face Treatment Powder.


===================================================
===================================================



Produk SiNose terdiri daripada:


Corong Asap - RM22.00

Ia adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap. Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah.

Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.

Selain dari mengurangi masalah resdung dan alahan di bahagian wajah, penggunaan corong bekam asap ini juga dapat merawati jerawat, memudarkan parut dan menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.

Pengguna yang mempunyai masalah resdung dan jerawat yang teruk boleh melakukan bekam asap ini seminggu sekali, manakala untuk rawatan kulit normal memadai 1 hingga 2 kali sebulan.

Setiap kali selepas menggunakan corong bekam asap, cuci muka menggunakan SiNose Herbal Face Soap diikuti dengan sapuan SiNose Face Treatment Powder.

FUNGSI

  • Membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.
  • Merawati jerawat.
  • Memudarkan parut.
  • Menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.


=====================================
Herbal Face Soap - RM25.00


Sebagai pembersih muka harian untuk semua jenis kulit yang mengalami gangguan alahan resdung seperti berjerawat, bengkak muka dan kemerahan, hidung tersumbat, sering gatal muka dan kerap bersin.

Mengandungi campuran herba semulajadi yang secara tradisional dan saintifik dikatakan dapat membantu mengurangi masalah yang berkaitan dengan alahan resdung, terutama masalah kulit berjerawat.

Kandungan herba di dalamnya apabila digosokkan ketika mencuci wajah akan meresap ke dalam lapisan kulit bagi membantu membunuh atau mengurangi kuman dan fungus yang menyebabkan terjadinya resdung.

PENGGUNAAN
  • Basahkan sabun dan muka dengan air.
  • Gosok sabun di tapak tangan sehingga berbuih.
  • Sapu buih tadi ke seluruh muka terutama kawasan hidung dan gosok dengan lembut selama lebih kurang 1 minit.
  • Bilas muka hingga bersih.
  • Kemudian diikuti dengan sapuan SiNose Face Treatment Powder.

Penggunaan yang konsisten dan berterusan bersama Set Lengkap Resdung SiNose yang lain akan berupaya mengurangi masalah resdung yang dialami.





=======================================================
Tablet Resedung - RM55.00
Ia adalah tablet bulat berwarna perang keputihan yang diperbuat dari 100% persediaan herba dengan indikasi yang digunakan secara tradisional untuk melegakan resdung.

Ramuan herba di dalamnya yang telah digunakan secara turun temurun untuk membantu masalah resdung menjadikan Tablet Resdung sangat berkesan untuk membantu mereka yang menderita simptom resdung. Walaupun begitu adakalanya terdapat reaksi awal yang menunjukkan simptom yang lebih teruk, namun ianya hanyalah pada peringkat permulaan sahaja. Teruskan pengambilannya sehingga sembuh dengan menggunakan dos yang biasa.

Herba-herba di dalam Tablet Resdung juga berkemungkinan bersifat panas, jadi pada sesetengah orang yang alah dengan herba, mulakan dengan pengambilan dos yang rendah (1 tablet) selama beberapa hari kemudian barulah mengambil dos biasa 2 tablet.

PENGGUNAAN
  • 2 tablet selepas makan malam.
  • Bagi pesakit resdung yang teruk, amalkan 2 tablet selepas sarapan pagi dan 2 tablet selepas makan malam.
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah tidak digalakkan.
  • Wanita hamil dilarang makan.


====================================
Noseclear - RM55.00

Ia adalah kapsul yang dibuat dari 100% persediaan herba dengan indikasi digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom hidung tersumbat.

Hidung tersumbat adalah salah satu tanda gangguan resdung yang juga melibatkan masalah seperti hidung gatal, hingus tak berhenti, merah dan bengkak di pangkal hidung, kurang deria bau dan kerap bersin.

Noseclear dengan 2 herba terpilih di dalamnya sangat berkesan untuk mengatasi masalah hidung tersumbat dan simptom yang berkaitan.

PENGGUNAAN

  • 2 kapsul setiap hari selepas sarapan pagi.
  • Ibu mengandung atau ibu yang menyusukan bayi, serta kanak-kanak dilarang mengambil Noseclear.




=======================================================
Face Treatment Powder - RM25.00


Bedak berbentuk cecair pekat ini adalah gabungan herba semulajadi yang dirumus khas bagi membantu menambah keberkesanan Set Lengkap Resdung SiNose. Ia merupakan rawatan tambahan kepada Corong Bekam Asap dan SiNose Herbal Face Soap yang bertujuan untuk mengering dan membunuh kuman resdung yang berada di kawasan luar kulit muka dan hidung.



FUNGSI
  • Mengurangi dan membunuh kuman resdung.
  • Mengeringkan jerawat.
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam jeragat.
  • Memudarkan parut.
  • Menegangkan kulit muka.

blogger templates | Make Money Online